top of page

Pembelajaran Abad Ke 21 (PAK21) - Set Aktiviti PAK21




Definisi PAK21


Proses pembelajaran yang berpusatkan murid berteraskan elemen komunikasi,kolaboratif, pemikiran kritis, dan kreativitiserta aplikasi nilai murni dan etika



89 Aktiviti PAK21 Serta Contoh Aktiviti


1.Human Graphing (graf manusia)

Murid bergerak mengikut kumpulan dan membentuk corak tertentu supaya topik mudah difahami.


2.Video Clips (klip video)

Penggunaan klip video dengan berpandukan soalan-soalan yang disediakan


3.Using large picture cards (gambar/foto besar)

Penggunaan gambar atau foto dalam PdP


4.I see, I Think, I wonder (saya lihat, saya fikir & saya bertanya)

a)Senaraikan apa yang mereka lihat

b)Fikirkan apa yang mereka lihat dan kaitkan dengan hidup seharian

c)Bertanya soalan-soalan yang berkaitan


5.Recap Groups (mengulang/mengingat semula)

Kumpulan murid memberi laporan kepada kelas secara lisan berkenaan apa yang telah dipelajari sebelum itu.


6.Rocket writing (penulisan pantas)

Jangka masa diberi (contohnya 3 atau 5 minit) untuk murid menulis apa yang mereka tahu berkenaan apa yang telah dipelajari sebelum itu.


7.Gallery Walk ( Lawatan ke galeri)

Murid berjalan sekeliling bilik untuk

a)Melihat

b)Berfikir

c)Berbincang dengan rakan-rakan sekumpulan berkenaan hasil kerja rakan-rakan lain yang ditampal


8.Y Chart (carta Y)

Tiga keeping kertas ditampal dalam bentuk Y dan pada setiap kertas ditulis soalan yang berbeza untuk murid menulis jawapan mereka


9.Time Capsules (kapsul masa)

Guru mengambil hasil kerja setiap murid pada awal tahun (contohnya) dan membuka kapsul


10.Chain Link (rangkaian)

Murid membuat rantai kertas dimana pada setiap kertas ditulis idea/ maklumat yang berkaitan dengan topik yang diberi


11.Survey (tinjauan)

Murid membuat tinjauan untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci bagi tujuan membuat analisis berkenaan topik.


12.Shout out ( laungan)

Murid digalakkan memberi idea secara lisan dengan laungan yang kuat dalam sesi sumbang saran. Idea-idea mereka dicatat atas kertas atau papan putih. Aktiviti seterusnya- susun semula idea ni secara sistematik


13.Presentation (persembahan)

Persembahan murid dalam bentuk:

a)Lisan

b)Video

c)Powerpoint

d)Pameran

e)Nyanyian

f)Tarian

g)Lakonan

h)Lain-lain yang kreatif


14.Learning Modalities (gaya pembelajaran)

Penggunaan gabungan pelbagai cara pembelajaran. Contohnya kinestatik (pergerakan), visual dan auditori (mendengar), PdP melibatkan aktiviti-aktiviti mengikut kecenderungan murid (Multiple Intelligences)

1.Verbal-Linguistic

2.Logical-Mathematical

3.Visual-Spatial

4.Bodily-kinestatic

5.Musical-rhythmic

6.Naturalist

7.Intrapersonal

8.Interpersoan


15.Quadrant Activity (aktiviti berempat)

A)Satu bulatan dilukis di tengah-tengah kertas yang besar. Di luar bulatan, guru membahagikan kertas kepada 4 bahagian (satu bahagian untuk satu murid).

B)Setiap murid menulis jawapan/pandangan kepada soalan yang diberi

C)Murid berbincang dengan ahli kumpulan dan menulis jawapan yang telah semua ahli kumpulan di dalam bulatan.


16.Indicator (petunjuk)

Penggunaan dua warna untuk menunjukkan jawapan murid, contohnya:

a)Hijau- Ya/Setuju

b)Merah- Bukan/Tidak setuju


17.Build the biggest tower (membina menara yang terbesar)

a)Murid bekerja secara berkumpulan & kolaboratif

b)Guru memberi bahan-bahan yang tertiad kepada setiap murid untuk membina menara mereka secara kreatif

c)Menara ini mencerminkan/ memaparkan refleksi/ pandangan mereka.


18.Chunking (gabungan)

Menggunakan pengetahuan sedia ada murid untuk digabungkan dengan pembelajaran baru untuk mempertingkatkan kefahaman mereka


19.Graphic Organiser (pengurusan graphic)

Bentuk grafik yang digunakan atau dicipta murid untuk menunjukkan kefahaman mereka dan maklumat berkaitan isu yang dibincang.


20.Skits (sketsa)

Sketsa memberi peluang kepada murid untuk membuktikan kefahaman mereka terhadap topic yang diberi.


21.Parachute Building (membuat payung terjun)

Aktiviti inkuiri yang menggalakkan murid bekerjasama dan berkolaborasi


22.Café (Kafe/Kedai Kopi)

Seperti di kafe, murid duduk secara berkumpulan di sebuah meja dan berbincang tentang soalan/isu yang diletakkan di atas alas meja (table cloth).


23.IB Tree (Pokok IB)

Setiap murid diberi helaian yang mempunyai pokok IB dan mereka mencatatkan perkembangan mereka secara individu tentang apa yang dipelajari.


24.SWOT

S: Strengths (kekuatan) W: Weaknesses (kelemahan) O: Obstacles (halangan) T: Thoughts (soalan-soalan untuk tidakan/kajian seterusnya).


25.Commercial (Iklan)

Satu cara untuk menyampaikan maklumat tentang tajuk yang diberi.


26.Continuum (penerusan)

Sama seperti graf atau carta, kaedah ini boleh digunakan untuk menunjukkan kefahaman dan perkembangan pelajar dalam sesuatu topic.


27.Checklist (senarai semak)

Murid dikehendaki menanda item-ite dalam senarai untuk menunjukkan kefahaman mereka.


28.Anecdotal Notes (Nota anekdot)

Guru membuat catatan ringkas berdasarkan pemerhatian dan perbincangan dengan pelajar. Nota ringkas ini boleh dirujuk apabila membuat laporan secara formal


29.Bus Stop (hentian bas)

a)Soalan diatas kertas ditampal di dinding beberapa tempat dalam kelas/dewan.

b)Murid bergerak secara berkumpulan dari satu hentian ke hentian yang lain sambil berbincang tentang topic berkenaan.

c)Murid berkongsi pendapat dan merekodkan komen dan maklumat yang diperolehi.


30.Table Talkers (perbincangan di meja)

Kad-kad yang mengandingi topic/isu diletakkan di atas meja untuk perbincangan kumpulan secara lisan atau bertulis.


31.Exit Card (card keluar)

Untuk refleksi. Contoh yang lain:

a)Light bulb (mentol)- Apakah satu perkara baharu saya pelajari hari ini.

b)Bin (bakul) – Apa yang perlu saya keluarkan?

c)Bag (beg) - Apa yang saya suka?


32.Brainstorming (sumbangsaran)

Cara yang amat baik untuk mendapat idea-idea bernas daripada murid


33.Classification (klasifikasi)

Menampal kata-kata kunci atau soalan di dinding di beberapa tempat. Murid dikehendaki berdiri di mana terdapat kata-kata atau soalan yang mereka suka/faham.


34.What Matters (apa yang penting)

Satu teknik menjawab soalan-soalan yang diberi- murid bergerak dan melihat serta cuba memahami atau memilih jawapan-jawapan yang sesuai yang ditampal di sekitar mereka.


35.Personal Learning Experience (pengalaman peribadi)

Murid berkongsi pengalaman peribadi berkaitan isu/topic yang dibincang.


36.Think-Pair-Share (fikir-pasangan-kongsi)

a)Murid dikehendaki memikirkan topic yang diberi secara individu.

b)Murid diminta berbincang dengan rakan

c)Mereka perlu berkongsi maklumat/hasi perbincangan dengan pasangan lain.


37.Diamond Ranking (susunan berlian)

9 keping ketas disusun dalam bentuk berlian 1-2-3-2-1, strategi ini digunakan untuk menentukan susunan mengikut kepentingan idea murid.


38.Story Books (buku cerita)

Penggunaan buku-buku cerita untuk kanak-kanak dalam kelas murid yang lebih dewasa dapat memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dan membuat refleksi.


39.Party (pesta)

Mewujudkan suasana berpesta dan berbincang tentang isu yang disediakan atas kad-kad yang ditampal di sekeliling bilik dewan atau diletak di atas meja-meja atau di atas lantai.


40.Games (permainan)

Permainan dijadikan strategi yang berkesan untuk perbincangan.


41.Leaning Trios A-B-C (tiga serangkai a-b-c)

a)Murid A bercakap, murid b & c dengar dan bertanya soalan

b)Murid B bercakap, murid a & c dengar dan bertanya soalan

c)Murid C bercakap, murid a & b dengar dan bertanya soalan


42.Sharing (berkongsi)

Kumpulan disusun mengikut minat atau hasil pembelajaran yang sama.


43.Carousel (Karusel)

a)Soalan-soalan diletak di sekeliling bilik

b)Murid dikehendaki bergerak dalam kumpulan dari satu soalan ke soalan yang lain, dengan menunggu arahan guru sebelum bergerak

c)Semua murid mesti bergerak ke setiap tempat yang diletakkan soalan. Murid diminta berbincang atau menulis jawapan mereka atas kertas.

d)Cara yang lain- murid duduk dalam kumpulan dan soalan-soalan diedarkan mengikut pusingan jam. Setiap kumpulan mesti bincang & jawab semua soalan.


44.Read and Highlight (baca dan tanda)

Satu strategi membaca yang berpandu. Murid diberi bahan bacaan dan dikehendai mengenalpasti dan menanda kata-kata kunci atau ayat-ayat penting.


45.Question builder (pembina soalan)

Guru memberi konsep dan bimbang pelajar supaya mereka mebina soalan-soalan yang membolehkan mereka mempelajari lebih lanjut tentang konsep yang diberi.


46.Puzzle it Out

Murid diberi maklumat yang tidak mengikut susunan. Murid dikehendaki berbincang dan menyusun maklumat


47.Cloze Procedures (Isikan tempat kosong)

Murid diberi helaian tugasan dimana mereka perlu mendengar dengan teliti dan mengisi tempat-tempat kosong dengan maklumat yang tepat.


48.KWL Chart (carta KWL)

Carta diberi kepada murid sebelum PdP. Pelajar diminta mengisi ruang-ruang seperti:

a)Know (What I know about)

b)Want ( What I want to know more about)

c)Learned ( What I have learned)


49.Rubrics (Rubrik)

Satu strategi untuk menilai pencapaian pelajar contohnya persembahan pelajar murid akan diberitahu ciri-ciri yang terkandung dalam rubric.


50.Iceberg (Aisberg)

Satu strategi untuk mengumpul maklumat daripada murid berkenaan topic yang diberi:

fakta asas biasa berada di hujung aisberg

maklumat yang lebih kompleks berada di paras bawah


51. Timeline (garisan masa)

Strategi yang digunakan untuk mencatat maklumat murid atau topic – satu bentun klasifikasi atau ranking.


52. Dip (cerun/lurah)

Inquire/ Learn (Tanya /belajar)


53. GRASPS

goal (gol/target)

role (peranan)

audience (hadirin)

- product, performance & purpose (produk, penyampaian & tujuan)


54. Quick Quiz (kuiz kilat)

Kuiz yang digunakan untuk menguji kefahaman murid tentang pengetahuan sedia ada atau apa yang telah mereka pelajari.


55. Artscape (lakaran)

Guru memainkan muzik dan murid diminta melakar di atas kertas kosong apa yang mereka suka, untuk mencerminkan kefahaman mereka tentang apa yang dipelajari


56. Dramatisation (drama)

Persembahan murid dalam bentuk drama, iaitu hasil kerja pelajar secara berkumpulan selepas membuat perbincangan dan latihan.


57. Mind Map (peta minda)

Satu strategi untuk memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan kefahaman mereka tentang sesuatu topic yang telah diajar.


58. Altitute Movement (Pergerakan mengikut pendapat)

Guru menampal kenyataan berkaitan isu yang telah dibincang di sekeliling bilik dan murid diminta membaca setiap kenyataan dan berdiri di tempat kenyataan yang mereka setujui.


59. Constructivism

Strategi ini menggalakkan murid melalui proses pembelajaran yang bermakna dengan membina idea baru. Proses ini melibatkan generate (bina), sort (susun), connect (gabung) , elaborate (hurai).


60. Jigsaw reading (susun suai)

Murid diberi keratin ayat dimana mereka dikehendaki menyusun semula ayat mengikut kesesuaian.


61. Chart and Share (catat dan kongsi)

Borang diberi kepada murid dan mereka berbincang dan mengisi borang serta berkongsi idea dengan kumpulan yang lain


62. Table Cloth (alas meja)

Guru menyediakan soalan di atas kertas yang besar yang diletakkan di atas meja. Murid bergilir-glir untuk menulis jawapan mereka di atas kertas itu.


63. Collaboration (kolaborasi)

Murid diberi tugasan untuk membuat tugasan secara berkumpulan dan bekerjasama dengan kumpulan-kumpulan lain untuk melengkapkan tugasan.


64. Stretch to Sketch

Guru memberi maklumat untuk membantu murid melukis tetapi merka juga dikehendaki mengunakan kreativiti masing-masing untuk berbuat demikian. Hasi kerja murid ditampal dan guru akan memberi hadiah kepada lukisan yang paling tepat.


65. Drawing Posters

Berdasarkan arahan yang diberi, murid melukis poster secara berkumpulan, tanpa menggunakan ayat.


66. Thumbs up (isyarat tangan)

Satu Cara guru menilai murid apabila ditanya soalan, murid memberi isyarat tangan seperti berikut: Thumbs up (bagus/faham) Thumbs middle (kurang faham) Thumbs down (tidak faham)


67. Compass Point

Selepas PdP, guru boleh mengedar borang untu diisi oleh murid secara individu:

Excited (seronok) –Worrisome (risau) – Need to know (ingin tahu) – Suggestion(cadangan)


68. Exemplars (contoh)

Guru menggunakan contoh yang baik dalam PdP untuk mengukuhkan kefahaman murid.


69. Personal Action Plan (pelan tindakan peribadi)

Setiap murid dikehendaki membuat pelan tindakan peribadi berkenaan pembelajaran mereka tentang isu.


70. Traffic Light (lampu isyarat)

Satu cara penilaian kendiri semasa atau diakhir PdP. Tiga warna digunakan: Hijau-saya ingin tahu, kuning-rasanya saya tahu, merah-saya tidak tahu)


71. Post It Notes (nota tampalan)

Murid diminta menulis catatan di atas sekeping kad dan tampalkan di papan kenyataan selepas PdP.


72. Talk Partners (pasangan berbual)

Murid diberi peluang untuk berbual dan berbincang dengan pasangan tentang apa yang mereka pelajari.


73. Webs (rajah sarang labah-labah)

Strategi ini hamper sama dengan menyediakanpeta minda. Murid digalakkan mencatat idea mereka dalam bentuk yang kreatif.


74. Make prediction (Membuat jangkaan/andaian)

Murid diminta membuat andaian sebelum demo dibuat. Setelah tamat demo, murid diminta berbincang samada jangkaan mereka betul, salah atau kurang tepat.


75. Circle Time (bulatan masa)

Murid duduk dalam kumpulan secara bulatan sama ada di atas kerusi @ lantai. Guru menyediakan bola sesiapa yang memegang bola tersebut, dikehendaki menyatakan pandangan tentang tajuk yang dibincangkan dan pass bola tersebut kepada murid lain pula untuk memberi giliran bercakap.


76. Envoys (Utusan)

Setiap kumpulan diberi tugasan, seorang utusan dipilih dari setiap kumpulan untuk menerangkan hasil perbincangan tentang tajuk kepada kumpulan baru disamping mendapatkan pandangan dari kumpulan baru tentang tajuk itu.


77. Rainbow Group (kumpulan pelangi)

a) Murid berada dalam kumpulan. Tentukan tajuk yang berbeza bagi setiap kumpulan untuk perbincangan.

b) Selepas berbincang , bina kumpulan baru yang terdiri daripada setiap ahsli dari kumpulan asal.

c) Murid akan menyatakan hasil perbincangan dari kumpulan asal kepada ahli kumpulan baru secara bergilir.


78. Snowballing (bola salji)

Guru menyatakan satu soalan kepada semua murid.

1.Setiap murid menghasilkan satu jawapan secara individu

2.Ulang proses yang sama. Cara ini boleh mensistesiskan 4 jawapan kepada 1 jawapan.


79. Rotating Station (stesen berputar)

Letakkan kumpulan kecil di setiap stesen. Mereka diberi masa 10 minit untuk menjawab topic yang telah ditentukan disetiap stesen. Apabila masa tamat, kumpulan itu akan bergerak ke stesen seterusnya sehinggalah semua kumpulan telah melalui semua stesen. setiap kumpulan diberi pen warna yang berbeza untuk mencatat jawapan.


80. Hot seating (kerusi panas)

Seorang murid dipilih tampil di depan kelas. Dia bertindak untuk menyatakan pandangan atau menjawab soalan daripada rakan-rakan berkaitan dengan tajuk yang dibincangkan.


81. Goldfish Bowl (mangkuk ikan panas)

Sama seperti hot seating tetapi yang tampil ke depan ialah satu kumpulan untuk menyatakan pandangan dan menjawab soalan. Murid lain boleh bertanya solan kepada kumpulan ini


82. Six Thinking Hats (6 topi pemikir)

Murid diminta menyatakan pandangan berdasarkan Thinking Hats yang telah ditentukan


83. Radio Phone-in (radio telefon)

Guru@murid bertindak sebagai penyampai radio. 4 orang murid terdiri daripada pelbagai kerektor berbincang tentang topic. Pelajar lain boleh mengemukakan soalan.


84. Tv Chat Show (bual tv)

Guru sebagai pengacara tv. Murid terdiri dari pelbagai kerektor berbincang berbincang tentang topic. Murid lain boleh mengemukakan soalan.


85. Freeze Frame (Rangka Beku)

Mulakan dalam bulatan. Murid bina freeze frame (rangka beku) berdasarkan topic. Alih meja supaya ada ruang untuk bergerak. Kumpulan menunjukkan rangka beku mereka kepada rakan lain untuk meneka apa yang rangka beku yang dibina dan buat perbincangan.


86. Free Discussion (Perbincangan Bebas)

Ini boleh dilakukan dengan kumpulan yang lebih kecil. Oleh kerana ianya tidak berstruktur, perbincangan ini memerlukan guru@ murid yang berpengalaman sebagai pemudahcara.


87. 3 Steps interview (3 langkah temubual)

Dua pasangan dalam satu kumpulan . (A&B) (C&D)

a)A menemubual B, C menemubual D.

b)B menemubual A, D menemubual C.

c)ABCD berkongsi pandangan tentang temubuat mereka secara berempat pula.


88. Listening Triad (pendengaran bertiga)

3 orang murid dalam satu kumpulan. Seorang sebagai penyoal, seorang yang akan menjawab soalan dan seorang lagi sebagai pencatat. Pencatat akan membuat laporan selepas perbualan tersebut berakhir. Untuk PdP seterusnya, peranan itu akan bersilih ganti.


89. Distancing (jarak)

Gunakan cerita, drama, main peranan untuk menjauhkan (menyesuaikan) murid dgn topic sensetif dan emosi. Contohnya, minta murid membincangkan perasaan mereka tentang perkabungan. Guru boleh menggunakan drama daripada orang yang berkabung dan kemudian minta murid untuk membincangkan bagaimana perasaan orang sedang mengalami situasi itu.




7,467 views1 comment

1 comentário


D. K.
D. K.
20 de ago.

Terima kasih atas senarai itu!

Curtir
bottom of page